Thursday 6 November 2014

Rezeki

assalamualaikum..

hai si canti & si comel..

alhamdulillah, alhamdulillah , alhamdulillah..

tahun ni sangat2 murah rezeki.

pada 15th Sept 2014 yang lepas genap la 2tahun usia perkahwinan i dan suami.
rezeki yang pertama pada tahun ini adalah "rumah", i dapat memiliki rumah sendiri..hihihi
alahamdulillah syukur sangat2..

ok nak cerita pasal rumah. rumah ni kami beli rumah yang dah siap. masa tu ada 3buah rumah yang belum ada orang beli. satu rumah End lot & 2 rumah tengah. jadi masa salesman tu whatsapp my Mr.A bagitau ada 3buah rumah teres nak jual. dia kira siapa cepat dia dapat. so masa balik kerja kteorang terus pergi tengok rumah. and berkenan pada rumah End Lot ni. so kami pun terus bayar booking.

then dalam masa pertengah ramadhan 2014, kami masuk loan. dalam seminggu dapat berita loan kami lulus. alhamdulillah. berkat bulan ramadhan. i ingat beli rumah siap ni cepat je dapat kunci.. hehehe. tapi makan masa 3 bulan lebih juga la nak dapat kunci. dan insyaallah pemaju cakap kiteorang akan dapat kunci dalam awal bulan November ni..hihhi.mungkin dalam minggu depan akan dapat kunci. xsabar sangat. nak deco rumah bagai. hahahaha :-D




ini la rumah yang kami beli. rumah teres End Lot. 3bilik , 2bilik air. rumah tak besar mana.tapi kami bersyukur sangat..alhamdulillah..


rezeki kedua pada tahun ni pula.....

jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


i disahkan hamil selepas dua tahun menunggu! ya Allah. tak tau nak bagitau macam mana  perasaan ini. hanya Allah swt yang tau perasaan ini gembira & bahagia sangat. walaupun Allah swt lambat bagi rezeki ini kepada kami tetapi indahnye perancangan DIA untuk kami..alhamdulillah..

pasal pregnant ni i cerita next entry ya.:)

Thanks for reading.

L.O.V.E from Cik Tomato

Thursday 28 August 2014

New Environment

assalamualaikum..

hai si cantik & si comel..

hari ni i saja nak bercerita tentang my workplace. hehehe.
tak ada yang menarik sangat pun. ye la, i ni bukannya pangkat high-high level pun.
cuma nak cerita je lah. dah 3 hari duduk office baru . hikhik

kami excited tau masa dapat tau akan pindah office baru. ye lah , office lama pun dah lebih 10 tahun menyewa kat situ. so bila my boss decide nak pindah office baru, we all semua happy. yang bestnye office dah berpindah kt bawah,ground floor. so lepas ni tak letih dah nak naik tangga. hahaha. tapi yang tak best makin bambam la sebab dah tak exercise naik tangga, maknanye tiada pembakaran lemak berlaku..hahaha.

actually kat sini staff tak ramai pun, sebab kami branch saja. semua staff ada 8orang termasuk my manager. 
ok la i cerita sikit pasal my workplace. i dah kerja kat sini dah 5tahun. kerja kat sini seronok. sebab kami semua dah macam satu keluarga. i rasa bersyukur juga lah dapat bekerja kat sini. & i pun dah boleh manage kerja sendiri. tempat kerja pun dekat dengan rumah my mum dalam 10minit drive ke sini. my boss pun sangat nice person. oh ya, even my boss ni chinese, kami syukur sangat sebab my boss buat bilik khas untuk kami solat. jadi keselesaan kat sini sangat-sangat lah ok.

ok la tak nak cerita panjang pun pasal kerja sebab kerja i biasa-biasa je. hikhik

ini i nak tunjuk sikit. sikit je dalam office i. hehehe

 this is my workspace,nampak juga sikit meja i berselerak..hahaha
 this room untuk account & admin department. yang kat luar tu semua operations.



nampak tak kt belakang tu bilik my boss, i duduk sebelah pintu bilik my boss, hahaha. kena jaga pintu la lepas ni :-P 




thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato

Tuesday 19 August 2014

Play With Makeup ~ Paw Eye makeup.

assalamualaikum..

hai si cantik & si comel..

saja nak share hasil makeup ni. dah lama pun sebenarnya.. hehehe. nama makeup ni "Paw Eye Makeup"

ok, jom tengok simple step seperti di bawah :





1. bentukkan kening. highlight kan bawah kening .
2. kemudian sapu kan eye-shadow soft yellow di keseluruhan kelopak mata.
3. blend kan pula warna coklat dia area crease.
4. kemudian lakarkan paw dengan menggunakan pen eyeliner. nak mudah korang guna  pen eyeliner yang jenis tajam, senang kita nak lukis kan. lepastu  boleh la warnakan paw tu dengan warna yang uols suka. masa ni kena guna kan berus yang kecil macam berus lip liner tu.
5. lastly, korang pkai eyeliner macam biasa di area upper lashline, pakai maskara & bulu mata palsu kalau  suka. ok siap!

mudah je kan..


so, ini gambar close up :


selamat mencuba!! :)


thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato