Showing posts with label Health & Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health & Beauty. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

Khasiat Buah Epal

assalamualaikum.

hai si cantik & si comel

nak berkongsi dengan anda "Khasiat Buah Epal" ini saya copy from page di FB.




Tahukah anda, sebenarnya epal merah dan epal hijau mempunyai rasa yang berbeza tetapi keduanya mempunyai khasiat yang sama iaitu banyak memberi manfaat kepada tubuh badan serta kesihatan mental.



Antara khasiat buah epal ini adalah :



✖ Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.

✖ Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.

✖ Mengurangkan risiko penyakit jantung.

✖ Melindungi sendi tulang.

✖ Membantu mengekalkan berat badan ideal (epal hijau).

✖ Kandungan serat Epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

✖ Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.

✖ Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.

✖ Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan Epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Saidina Ali Bin Abi Thalib :
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”

Selamat Mencuba !



thanks for reading,

L.O.V.E

Cik Tomato ~ Muahhx

Wednesday, 21 August 2013

Manfaat Dari Lebah

Assalamualaikum.

hai si cantik & si kacak.

jom baca & tambahkan pengetahuan tentang LEBAH.









Madu Asli




Di dalam perut lebah ada lagi yang namanya perut besar yang khusus digunakan untuk menyimpan air madu. Dan di dalamnyalah air madu itu mula berubah menjadi madu dengan kekuatan zat ragi yang terdapat di dalam perutnya dan air liurnya, yakni di dalam perut lebahlah zat gula yang terdapat di dalam air madu (zat gula) bertukar menjadi gula tunggal, iaitu zat gula anggur (glucose dan zat gula buah-buahan (fructose).

Terdapat beberapa keistimewaan, khasiat dan ubat serta kelazatan yang tersendiri dalam madu lebah-sesuatu yang tidak terdapat pada makanan-makanan yang selainnya. Keistimewaan ini telah dihimpun di dalam sebuah makalah yang berjudul ”Madu dan Kesihatan” yang ditulis seorang pakar perubatan. Antara petikan-petikan dari makalah tersebut tentang madu ini termasuklah:

i. Madu merupakan makanan yang memberi tenaga dan makanan yang disukai pinggang dan hati.
ii. Madu makanan yang bersih dan tidak busuk
iii. Madu adalah makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan.
iv. Madu adalah makanan istimewa bagi orang lamah dan sakit

Terdapat beberapa keistimewaan, khasiat dan ubat serta kelazatan yang tersendiri dalam madu lebah-sesuatu yang tidak terdapat pada makanan-makanan yang selainnya. Keistimewaan ini telah dihimpun di dalam sebuah makalah yang berjudul ”Madu dan Kesihatan” yang ditulis seorang pakar perubatan. Antara petikan-petikan dari makalah tersebut tentang madu ini termasuklah:
i. Madu merupakan makanan yang memberi tenaga dan makanan yang disukai pinggang dan hati.ii. Madu makanan yang bersih dan tidak busukiii. Madu adalah makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan.iv. Madu adalah makanan istimewa bagi orang lamah dan sakit



Terdapat beberapa keistimewaan, khasiat dan ubat serta kelazatan yang tersendiri dalam madu lebah-sesuatu yang tidak terdapat pada makanan-makanan yang selainnya. Keistimewaan ini telah dihimpun di dalam sebuah makalah yang berjudul ”Madu dan Kesihatan” yang ditulis seorang pakar perubatan. Antara petikan-petikan dari makalah tersebut tentang madu ini termasuklah:
i. Madu merupakan makanan yang memberi tenaga dan makanan yang disukai pinggang dan hati.ii. Madu makanan yang bersih dan tidak busukiii. Madu adalah makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan.iv. Madu adalah makanan istimewa bagi orang lamah dan sakit







 Debunga Lebah







Debunga lebah diperolehi daripada benih/biji jantan bunga yang dikutip oleh lebah dan kemudian dicampurkan dengan suatu bahankhusus yang dipangil Special Digestive Enzymes. Debunga Lebah juga dianggap sebagai ”makanan semulajadi yang lengkap”. Bagi lebah, debunga merupakan sumber protein dimana ianya akan dicampur dengan madu bagi menghasilkan Roti Llebah yang kemudiannya diberi makan kepada lebah Larva. Debunga lebah mengandungi banyak nutrisi yang diketahui umum, termasuk semua nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Berbanding dengan makanan lain, ia mempunyai peratus kandungan nutrisi yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya ia dilengkapi dengan 25% protein yang mengandungi :

1. 18 Asid Amino
2. lebih daripada 12 vitamin.
3. 28 mineral
4. 11 enzim & coenzim
5. 14 asid lemak yang berguna
6. 11 karbohidrat
7. kaya dengan mineral-mineral
8. lengkap dengan vitamin-vitamin
9. hormon-hormon
10. kalori rendah




Jeli Diraja




Di antara semua produk penghasilan lebah, jeli diraja merupakan produk yang paling istimewa kerana secara umumnya ia jarang ditemui di dalam sarang lebah. Jeli Diraja adalah suatu produk yang kaya dengan nutrisi dan berupa cecair pekat (seakan-akan krim) yang berwarna putih susu. Jeli Diraja dihasilkan oleh lebah pekerja melalui kelenjar hypopharyngeal untuk diberi makan kepada permaisuri lebah sepanjang hayatnya yang mana jeli diraja berperanan penting dalam menentukan saiz, tahap kesuburan dan tempoh jangka hayat permaisuri lebah berkenaan.

Dalam perspektif saintifik, keupayaan luarbiasa (kesuburan, tenaga, tempoh hayat dan saiz) permaisuri lebah ini adalah merupakan simbolik kepada ”peningkatan efektif keupayaan Endokrin” yang dirangsang oleh Jeli Diraja.

Kandungan-kandungan istimewa jeli diraja
1. Acetycholine
2. Hydroxydeconic Acid (10 HDA)
3. Gelatin
4. Hormones
5. Nutritional Value







Propolis





Propolis adalah bahan seakan damar yang dikutip oleh lebah dari kulit pokok dan digunakan sebagai simen untuk menyambung retakan atau ruang terbuka dalam sarang bagi tujuan berikut:-
1. mengukuhkan kestabilan struktur sarang
2. meminimakan gegaran pada sarang
3. perlindungan dari hujan dan dari serangan musuh seperti tebuan tebuan dn haiwan lain
4. sebagai perlindungan dari bakteria, parasit dan jangkitan penyakit
5. meningkatkan ventilasi semasa musim sejuk atau panas yang melampau

Propolis juga dikenali sebagai Antibiotik Semulajadi. Kepelbagaian warna propolis (hijau kekuningan coklat dan kemerahan) bergantung kepada sumber botanikalnya. Perlu diketahui disini bahawa bahan damar yang dikutip oleh lebah tidak mempunyai nilai terapeutik sehinggalah ianya dicampur dengan nektar, debunga dan bahan-bahan lain oleh lebah itu sendiri. Hanya lebah yang boleh menghasilkan propolis dengan nilai terapeutik yng unik, ianya diluar jangkauan pengetahuan manusia.

Propolis amat popular sejak zaman dahulu lagi. Dilaporkan bahawa orang-orang Egypt, Greek dan Roman mengamalkan penggunaan propolis untuk rawatan kesihatan secara umum khususnya untuk penyakit kulit. Semenjak abad ke 12, di Eropah, para pengamal perubatan telah mengiktiraf kepentingan propolis dalam ramuan perubatannya. Walaubagaimanapun, hanya 20 tahun kebelakangan ini, para saintis baru mampu membuktikan keberkesanan dan pentingnya propolis sebagaimana yang telah dikenal pasti oleh datuk nenek mereka dahulu.

Dari segi kandungan propolis, dilihat komposisi propolis terdiri daripada resin dan balms 50-55%, lilin 30%, 5% bahan tetap seperti asid amino, asid organic, clump dan greases, elemen-lemen spora dan mikro-elemen seperti iron, copper manganese, zinc, phytoncides dan antibiotik. Juga di dalamnya terdapat kandungan tinggi vitamin B, F, C, H dan P serta pro-vitamin A. Debunga pula mengisi sebanyak 4-10% komposisi produk ini. Flavonoids dalam Propolis berperanan utama dalam menghasilkan efek antibiotik yang hebat. Flavonoids mempunyai banyak kesan pemulihan yang mempengaruhi kepada kesihatan.

Jika ditinjau penggunaan propolis dalam perubatan, ianya yang bertindak sebagai anti-bakteria semulajadi amat efektif untuk membantu merawat kesan melecur pada kulit, menahan tumbesaran tumor/ulser, menguatkan fungsi perut, mengelak/menghilangkan bengkak, demam & selsema, ecszema, fungus kulit, sakit mulut/gigi, resdung dan lain-lain. Ia juga boleh digunakan sebagai ubat gigi. Propolis juga boleh dicampur dengan madu untuk menghasil madu campur



Bisa Lebah




Kegunaan bisa lebah adalah untuk merawat Arthritis, rheumatism, sakit tulang belakang dan penyakit kulit. Pada zaman moden ini pula ia menjadi rawatan elternatif untuk penyakit multiple sclerosis. Sengat lebah merupakan kombinasi komleks multi-komponen yang unik, mengandungi lebih kurang 30 bahan aktif biologikal. Komponen pharmacological yang utama ialah peptide-melilitin, apamin, peptide 401, adolapin, dan protease inhibitors.


 Larva Lebah





Di China, amalan memakan larva lebah sudah menjadi tradisi rakyatnya sejak dari dahulu lagi. Larva lebah juga kaya dengan vitamin dan mineral, membantu penjagaan kesihatan badan, khususnya iron yang efektif untuk anemia, zink untuk meransang deria rasa, dan zink serta selenium yang mempunyai pertalian rapat dengan keupayaan seksual lelaki.
Kelebihan larva lebah dalam perubatan
Kajian yang dijalankan di Beijing edical Uniesity Chinese and Western Medical Research Laboratory oleh Professor Ri Junsei (beliau menggunakan serbul larva lebah bagi tujuan ini) telah mengesahkan bahawa lara lebah:
1. Membantu penjagaan dan meningkatkan kualiti keupayaan fungsi mental.
2. Membantu meningkatka kesan positif tenaga ”CHI”
3. Membantu menguatkan sistem ketahanan badan

Di samping itu, ia juga baik untuk golongan berusia dan kurang sihat. Berikut adalah kebaikan-kebaikan lain yang pernah dilaporkan:

• Membantu mengurangkan sakit dan ketidaklancaran darah haid serta simptom menopause
• Membantu mengatasi kekerapan kencing dan hasilnya meransang tidur yang lena
• Tinnitus, membantu ketidakupayaan pendengaran dan mengurangkan kesan pening/pitam





Lilin Lebah






Manfaat lilin lebah
1) Lilin lebah dianggap selamat penggunaannya dan telah diluluskan sebagai ramuan dalam pemakanan manusia di USA (USA, 1978).
2) Kertas dan tekstil menjadi kalis air bila disalut dengan lilin lebah.
3) Lilin lebah menjadi pilihan dalam menghasilka lipstick yang berkualiti tinggi kerana keunikannya dalam mengekalkan kilatan pada bibir,konsisten, dan stabiliti warna.
4) Berfungsi sebagai ’coating’ untuk pil-pil atau ubat-ubatan. Lilin lebah juga digunakan sebagai sebatian bersama ubatan lain dan kemudiannya bertindak sebagai mekanisme penentu masa-ia membebaskan ramuan ubat secara perlahan dan untuk jangka masa lebih lama.
5) Mengunyah petak madu (tanpa madu) yang bewarna agak gelap dikatakan dapat membantu melegakan selsema.
6) Pengamal perubata tradisional percaya bahawa masalah alahan, resdung dan asma boleh diatasi dengan membakar lilin lebah (100%) dalam bilik sebelum 3-4 jam waktu tidur. Malah ia jugaboleh membantu pernafasan agar lebih lancar dan tidur yang lena.
7) Menurut seorang entomolgist, Bill Reno, pembakaran lilin lebah menghasilkan ion-ion negatif yang bertindak sebagai pembersih udara semulajadi-menghilangkan habuk udara, bekteria, virus dan lain-lain pencemaran
 Di UK, pernah dilaporkan bahawa para doktor alternatif merawat pesakit ”hay-fever” menggunakan lilin lebah.




Sumber : gengsainskehidupan




thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahxx.



Tuesday, 20 August 2013

Makanan Sunnah Rasullullah SAW

Assalamualaikum.

hai si cantik & si kacak.

hari ini i nak share dengan anda semua makannan kegemaran Rasulullah SAW.





MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati




makanan sunnah ni banyak kebaikkan pada kita, so lepas ni jom kita amalkanya supaya kita sama-sama mendapat kebaikkan daripada makanan sunnah ini ..insyaallah :)


thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhxxx.

Friday, 5 July 2013

Air Penting Untuk Kesihatan Kita

hai si kacak & si cantik.

baru-baru ni, i & The Older Half pergi berjumpa dengan kawanya. kawan nya active dlm MLM slimming product. i just pergi dengar-dengar  tentang product yang dia jual tu.

i post kali bukan nak bercerita pasal product kurus dia.  tp yang menarik perhatian i semasa pergi ke rumahnya, dia suruh i timbang menggunakan scan scales. scales tu boleh baca bacaan komposisi dalam badan kita. i punya total body water adalah 39.3% sahaja. normal untuk perempuan mesti 50-55%. jadi i kekurangan air dalam badan.

baru i sedar,kekurangan air dalam i menyebabkan i susah untuk  kurus. sebenarnya air putih memang sangat penting untuk tubuh dan kesihatan kita. i bukan nya tak tau pentingnya air putih untuk kesihatan, cuma i ni ambil endah tak endah je. hihihi

so, di sini ni i nak kongsikan kan artikel yang i copy from http://pama.karangkraf.com/ tentang kepentingan air untuk kesihatan kita.

Kepentingan air, sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting demi kelangsungan hidup seseorang manusia. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyelongkar kebaikan air dengan bantuan Sabrina Haron.
Ramai di kalangan kita yang hanya minum air setelah dahaga. Sedangkan, kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pakar pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Jika termasuk di dalam golongan yang “malas” minum air, anda seharusnya berubah sikap dan mula memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air.
Air membentuk kira-kira 55 - 57 % daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Oleh kerana itulah, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangannya akan “memaksa” buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Antara lain, air turut menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Ketahuilah, tubuh anda terdiri daripada 70% air. Sekiranya air yang terkandung di dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu sahaja menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.
Dalam pada itu, anda perlu tahu bahawa input air perlu sekurang-kurangnya sama dengan output air. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
Kekurangan air juga menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan daripada badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
Malah rasa mengantuk selepas makan tengah hari pun merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Seperti yang anda sedia maklum, air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Bagi menyempurnakan proses ini, tubuh menggunakan air daripada sel badan. Apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Inilah puncanya anda mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian sewaktu kerja selepas makan.
Ramai yang tidak sedar diri sebenarnya mengalami kekurangan air yang kronik. Sekiranya anda hanya ke tandas 1 atau 2 kali sehari, kerap dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah takungan air, itu petanda anda kekurangan air! Tahukah anda, tanda-tanda seperti perut terasa kembung atau kaki kelihatan bengkak merupakan petunjuk tubuh kekurangan air. Bukannya kerana terlalu banyak air.
Kurangkan Berat Badan
Ramai yang keliru antara isyarat lapar dan dahaga. Kekeliruan ini menyebabkan segelintir daripada anda mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalan meminum air kosong dalam jumlah yang banyak adalah jalan terbaik. Ini kerana air menjadi elemen penting untuk meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak.
Jika anda mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali berasa lapar. Memandangkan air tidak mengandungi kalori, jadi tidak timbul isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, pakar pemakanan sering menyarankan individu agar minum setiap kali sebelum makan. Air akan membuatkan anda cepat kenyang. Tanpa disedari, ia dapat mengelakkan diri anda daripada makan dalam jumlah yang banyak. Perlu diingatkan bahawa air yang diambil perlulah air kosong dan bukannya minuman manis yang hanya mengandungi kalori kosong!
Malas Ke Tandas?
Biarpun tahu manfaat air pada kesihatan, tidak ramai yang punya “kekuatan” untuk berulang-alik ke tandas. Oleh kerana itulah golongan ini minum hanya sedikit air dan pada masa yang sama turut mengelak makanan yang mengandungi air yang banyak. Faktanya, kerap berulang ke tandas perlu dianggap sebagai perkara yang positif. Secara purata, pundi kencing dikosongkan di setiap 4 jam. Jadi, membuang air kecil antara 6 hingga 7 kali sehari adalah sesuatu yang normal.
Usah risau jika perlu kerap ke tandas kerana ia adalah antara cara meningkatkan kepekaan fikiran khususnya bagi anda yang lebih banyak duduk ketika bekerja. Terdapat kajian yang menasihatkan individu untuk berehat seketika setiap 1 atau 1 ½ jam ketika bekerja. Oleh itu, anggaplah aktiviti ke tandas sebagai rehat yang bukan sahaja membantu anda membersihkan dalaman tubuh, malah merangsang tumpuan fikiran.

sejak hari itu i akan pastikan i minum air putih secukupnya. oh ya. untuk memastikan sama ada kita ni cukup ke tak minum air putih, ini cara kira nya. setiap 25kg berat badan kita, kita memerlukan air masak sebanyak 1liter. so, uols kirakan lah berapa liter patut uols minum ok.




 untuk lebih mudah  kita minum air, ha, guna la bottol air macam ni. ini 2liter tau!. i akan pastikan i mesti habiskan 2liter air ini di office. pic ini di ambil semalam pada pukul 5.30pm. see, misi berjaya!! yes yes yes . caiyokk!.



thanks for reading,

L.O.V.E from CikTomato ~ muahxxxx.


Wednesday, 19 June 2013

Khasiat Kacang Soya Hitam

Hai si cantik & si cantik!

jom tambahkan knowledge.
kita familiar dengan kacang soya putih kan, so jom kita baca plak apa khasiat yang ada pada kacang soya hitam.





Jika sebelum ini keenakan minuman kacang soya kuning lebih dikenali, kini sumber kacang soya hitam juga tidak harus dipandang ringan.

Kacang soya hitam pertama kali ditemui di China sejak berabad lalu dan kini antara makanan rutin di Malaysia.
Menurut pakar pemakanan, Indra Balaratnam, kacang soya hitam adalah sejenis kekacang yang tergolong dalam kumpulan sama dengan kacang soya kuning yang biasa didapati dalam minuman.

“Kacang soya hitam sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Malah ia juga kaya dengan protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral dan tidak keting­galan antioksida,” katanya.


Tambahnya, protein sememangnya diperlukan tubuh untuk pembinaan sel baru, membaik pulih sel lama dan membina otot badan terutama kanak-kanak bagi mencapai pertumbuhan optimum.

Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, kekacang seperti kacang soya hitam tergolong dalam kumpulan protein yang sebaris dengan ayam, ikan dan telur.

Kacang soya hitam me­ngandungi lebih banyak protein jika dibandingkan de­ngan kacang soya yang lain. Secawan kacang soya hitam yang dimasak mengandu­ngi kira-kira 15 gram protein berbanding dua gram daripada kacang soya lain.

“Selain padat dengan sumber protein, kacang soya hitam juga kaya dengan serat makanan. Serat makanan mempunyai pelbagai kebaikan termasuk menyebabkan rasa kenyang bagi membantu mengawal pe­ngambilan makanan secara berlebihan dan merendahkan kolesterol.

“Kaji selidik mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengambil kurang daripada separuh serat makanan yang disarankan.

“Secawan kacang soya hitam mengandungi 15 gram serat makanan melebihi separuh daripada pengambilan harian serat makanan yang dicadangkan pakar iaitu 25 gram sehari,” katanya.

Makanan yang berserat tinggi seperti kacang soya hitam membantu dalam mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Pengambilan sekurang-kurangnya 200 gram kacang soya sehari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes tahap dua.

Kacang soya hitam juga baik untuk jantung. Kandungan asid lemak omega-3 membantu menurunkan paras tryglyceride yang tinggi dalam darah dan pengambilan secara tetap mengurang­kan risiko serangan jantung.

Selain itu, ia juga me­ngandungi antioksida yang diketahui umum berpotensi membantu menurunkan risiko menghidap kanser.

Kandungan antioksida dalam kacang soya hitam juga lebih tinggi berbanding kacang soya kuning disebab­kan kulitnya yang hitam. 





ohhh, rupanya khasiat kacang soya hitam ini lebih bagus dari kacang soya lain & mempunyai kadar kandungan antioksida yang lebih tinggi dr soya biasa..

so lps ni boleh la kita minum air kacang soya hitam plak kan..

ha, i suka minum air kacng soya hitam yang ini..







erm, mungkin kalau nak cari yang home made, susah kot sbb kita tak familiar dengan kacang soya hitam ni kan. or memang ada yang home made tapi i je yang xtau kan..hihihi

thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahxxx




Saturday, 9 March 2013

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

Hai si cantik & si kacak,


hari ni plak i nak post "20 TIP KURUS MUDAH & BERKESAN". ini i ambil dr web RAPI. jom kita baca tips2 ini. harap boleh membantu kepada yang dlm proses diet / meguruskan badan :)



pic dr google







1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan ­fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.



so, harap tips2 diatas boleh membantu uols dalam proses menurunkan berat badan..chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkk !!!! :))


thanks for reading.

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhhhhhh

Friday, 8 March 2013

Cabaran 7hari Diet Berkesan

Hai si cantik & si kacak.

wow! mesti korang teruja dengan tajuk yang i post ni kan, ye lah, mana tak nya "Cabaran 7hari Diet BERKESAN!" berkesan tu tak tahan.ekekeke.

sejak mendiet kan diri (diet lar sangat). hehehe. ye ye, i mmg mengdiet kan diri , uols jgn tak tau i makan / cara makan  / kuantiti i makan sekarang ada sedikit perubahan , perubahan positif ( pasal ni tgu post akan datang) ha, sambung balik. ok sejak i dalam proses mengdietkan diri ni mula lar kan duk google pasal "DIET" je. then google duk google i terjumpa articles ni. i ambik dr Remaja Karangkraff.

so nak tau ape cabarannya?? berkesan ke tak?? uols baca ini ok --->



Hari Pertama





  • Semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.

Hari Kedua




  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang  panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

 Hari Ketiga



  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...





Hari Keempat


  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.


 Hari Kelima


  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.


Hari Keenam


  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.



 Hari Ketujuh




  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.



ha macam mana?.. ada berani?? huh, i xyakin i boleh buat.hukhuk T_T
tapi orang cakap belum cuba belum tau. dah cuba baru tau kan! ekekeke.so, gud luck :)

(all pic take from google)

thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhhhx

Friday, 15 February 2013

Resah Gelisah berat naik mendadak

Hai si cantik & si kacak.


uolsssssss, i resah gelisah berat i naik mendadak hokey. hamboiii lps kawen ni tau lah hati senang kan, smpai mendadak berat i naik. dah gemuk tambun le iolssss skrg..aish. aish tp i selalu sedapkan hati berkata begini "xper gemuk pung, janji i bahagia". i ye, i ye. of coz lah i bahagia kan. alhamdulillah. :)

i xpernah gemuk tambun mcm ni tau, sampai berat  ,naik 10kg selepas kawen ni tau (i mmg bdn chubby, tp xpernah gemuk sgt mcm skrg). huh!. ~sila pengsan!~ disebabkan berat semakin bertambah i perasan sekarang i jadi cepat letih/lesu, pastu bila p shoping, jejalan lama sikit mula lah sakit kaki . then i perasan sejak berat makin bertambah ni my period jd xteratur... so now, i kena buat sesuatu!!

after i servey2 product2 yg sesuai ngn masalah i, i terjumpa ngn product ni. i tau ramai yg familiar ngn product ni, nak tau product ape?...ni dia product SHAKLEE.



ini untuk slimming set
i tau, mst uols nak cakap mcm ni kan, "ape ni mkn2 product slimming ni! cuba lar usaha berdiet & exercise sikit!" T_T, uolss i bukan xnak berdiet & exercise tp i jenis yg kebarangkalian yg sgt2 tinggi untuk makan. T_T (nangis lagi,huhu).

ok, untuk pengetahuan uols actually shaklee ni bukan lah ubat. bukan "ubat kurus" tp ia adalah supplement  (makanan tambahan). jd i memilih shaklee untuk membantu proses "diet" i (mak diet lps ni, tolong jgn ajak mak makan2 ye). i baru start consume this product today. today okey, so xde lagi testimoni dari i..ekekeke :-P

MENGAPA i berani nak try this product?.ok this is product sudah lama dipasaran , kalau xsilap dah 60tahun (betulkan sy klu sy salah). itu yang buat i yakin nak cuba & dah baca banyak testimoni positif yg telah  berjaya turun berat badan mereka dengan bantuan product shaklee ini. dalam masa yg sama jg mereka berasa makin sihat & cergas serta kulit makin berseri2 (ni paling daku suka!) selepas consume product ni.

oh ya, i xbeli semua set slimming kt atas tu tau. i just beli 4 item je dulu, seperti dibawah :




SET SLIM BASIC (3item)

Lecitin, Alfalfa & Herb Lax


Set ini sesuai utk semua lelaki dan wanita, serta ibu2 menyusu malah para suami juga buat pesanan set ni. Set yang paling minima dan mampu dimiliki oleh semua orang.


Lecitin : Membantu membakar lemak. Bagus untuk daya ingatan.


Alfalfa :Bertindak sebagai fiber. Kaya dengan protien, kalsium dan garam galian. [ Untuk ibu menyusu, ia membantu mempercepatkan penghasilan susuibu provided ibu kerap pam/ rajin direct feeding.

Herb Lax : Membantu proses pelawasan yang lebih lancar dan baik untuk usus.


untuk tambahan i tambah protein untuk diet i (ESP) seperti dibawah :



Kenapa Protein penting? Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah. Protein penting untuk pembaikpulih tisu serta membina tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangkahayatnya. Protein adalah bahan untama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati

Ape itu ESP?

ESP - Soy Protein Isolate Powder . Bagi menyusu anak, ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susuibu provided ibu RAJIN dan KONSISTEN pam. Bagi wanita yang tidak menyusu, ia membantu mendapatkan sel tubuh yang sihat dan anjal.


Pengambilan vitamin akan lebih lengkap dengan pengambilan ESP. Sel yang sihat dapat menyerap zat galian dan vitamin dengan lebih baik!


Kenapa ESP ada dalam KEbANYAKAN SET???Kerana PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..


nak KURUS- ESP mengawal selera makan..

nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari
nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu
nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..kalau PREGNAN- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby
NAK PREGNAN- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga


consultan product shaklee bgtau i, if i nak tambah product lain boleh, tp i decide nak cuba 4item ni dulu. nnt kalau ok baru i nak add mana patut (sila korek tabung la nanti).

i harap product SHAKLEE ini membantu i. sbb paling utama i nak try this product adalah  i nak sihat & cergas & juga i nak baby.hihihi  (doc sarankan i turunkan berat badan supaya period i teratur & mudah untk dapat baby). ape2 kita hanya iktiar yang selebihnya kita serah pada Allah S.W.T kan .

nnt i cuba update dari masa ke semasa sepanjang i consume this product. i hope product ini berkesan, if xberkesan terpaksa cari / cuba iktiar lain plak kan.


remarks : segala gambar & info product shaklee diatas  i copy & paste from kak Raihan.(credit to her)


thanks for reading,



L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahxx