Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Play With Makeup ~ Rainbow Eyemakeup

assalamualaikum...

hai si cantik & si comel..



kali ni nak share rainbow eye makeup..


 ambil inspirasi dari picture di atas ni ye.



step by step seperti di bawah :



  1. picture sebelum
  2. covering eyebrow dengan concealer. yang ini i guna teknik gam
  3. mula-mula pakai white eye liner di area upper lashline. supaya warna rainbow nmpak lebih terang & tahan lama. 
  4. guna berus yang kecil, i guna lipstick brush. basah kan berus dengan air lepas tu dap2kan pada eyeshadow , kira eyeshadow akan lembab mcm kita painting. i guna eyeshadow pallet , warna yang shimmer2.  start dengan warna merah.
  5. kemudian apply pula warna oren kuning hijau sehingga lah purple. masa nak apply warna seterusnya , i blend2 sikit warna sebelum dengan warna selepas supaya  warna akan  bercampur setiap satu dengan cantik.
  6.  ini picture dah siap rainbow.
  7. eh eh, belum siap lagi..  apply pula white eyeliner dekat waterline. and highlight dia area tear duct.
  8. kemuadian boleh lar pakai bulu mata palsu. i pakai yg natural & apply mascara..ok dah siap!
so jadilah rainbow eye makeup.



ini picture close up.




harap korang dapat cuba buat eyemakeup ni. senang je , tak susah pun.

gud luck :)



thanks for reading,

L.O.V.E 

Cik Tomato ~ Muahhhx

Friday, 6 September 2013

Tutorial : Eye Makeup ~ pink + maroon.

assalamualaikum..

hai si cantik & si kacak..

ini tutorial makeup tema pink + maroon (eyeshadow). actually i teringin nak buat tutorial makeup via video but, i tak ada handycam T_T. kalau  guna webcam dekat lappy , tak berapa jelas pula. kalau record by handphone , agak2 senang tak..ermm? nanti i try kalau boleh i share dengan uols ok. :)

ok, untuk kali ini, macam biasa lar tutorial i ni i snap picture step by step cara i makeup.


ini gambar sebelum & selepas

ini gambar closeup makeup mata.



nak tau macam mana nak makeup macam ni?


jom tengak ! step by step seperti berikut :





 kiri : sebelum
kanan : bentuk kan kening menggunakan pensel kening warna coklat.
-cover lebihan kening menggunalan concealer, i suggestkan korang guna concealer base kuning bukan base pink. sebab base kuning boleh nampak seperti highlight.


 kiri : sapu kan eyeshadow pink di seluruh kelopak mata.
kanan : ambil warna soft maroon blend dia area crease.


kiri : ambil pula warna dark maroon, focus & blend pula pada area outer V.
kanan : dibahagian lower lashline, apply eyeshadow warna pink + maroon tadi.


kiri : pakai pensel liner jg dibahagian lower lashline, tapi pakai 3/4 sahaja.
kanan : pakai liquid eyeliner pula dibahagian upper lashline & bentukkan cat eye dihujung.


kiri : ketip bulu mata & pkai mascara black.
kanan : pakai white eyeliner di bahagian waterline.


kiri : pakai concealer dibawah mata untuk menutup lingkaran gelap bawah mata.
kanan : pakai foundation & powder


kiri : buat shading & highligh di batang hidung
kanan : pakai blusher, i pakai warna pink .


kiri : last skali pakai liquid lipstick, i pakai warna purple pink
kanan : siap!!




inilah hasilnyaaaa------->


gambar selepas makeup.



ok, itu la step by step macam mana nak makeup macam ni. harap boleh membantu pada yang baru nak belajar mekup & newbies in makeup.






thanks for reading & viewing,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhxx

Tuesday, 13 August 2013

Tutorial ~ How to covering eyebrow

Assalamualaikum.



Hai si cantik :)



kali ni i nak tunjukkan kepada uols macam mana nak cover kening menggunakan concealer tanpa cukur kening. mungkin ramai yang dah tau & pandai teknik yang sgt mudah ni. hihihi.. ok, xpe i akan tunjuk kan juga cara i buat macam mana ye.




step by step :


  1. mula-mula sikat bulu kening menggunakan sikat bulu kening untuk kasi kemas.kemuadian guna eyebrow pencil untuk melukis kening. 
  2. pastikan eyebrow pencil tu tajam ok, supaya senang nak melukis kening kita. masa melukis kening xkisah pun guna eyebrow warna hitam sbb kita just  nak lukis bentuk kening kita
  3. kemudian guna eyebrow pencil warna coklat, warnakan kening yang dilukis tadi sehingga rata.yang ni xpayah guna eyebrow yang tajam, guna yang tumpul lagi senang :p
  4. guna pula eyeshadow coklat (mate eyeshadow).dengan menggunakan small angle brush, rata kan pada kening yang dilukis itu supaya kening lagi kemas & warna kening nampak lagi natural menggunakan eyeshadow coklat itu.
  5. hasil kening yang dah siap dilukis. nampak tak lebihan kening tu?. ha yang itu lah kita akan cover menggunakan concealer.
  6. apply concealer mengguna kan brush kecil untuk menutup lebihan kening itu.
  7. lastly , sikat sekali lagi kening yang dah siap supaya nmpak lagi kemas & terbentuk.
  8. so, siappp!. see tak payah nak cukur kening kan :)

senang kan?. selamat mencuba ! ^_^


thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhxx.

Play With Makeup ~ Natural Color Eyeshadow

Assalamualaikum.

hai si cantik & si kacak :)


kepada yang suka kelihatan natural boleh try makeup eyeshadow macam ni. selain itu juga makeup macam ni sesuai untuk digaya kan semasa pergi ke pejabat & berjalan-jalan.


i guna color peach & coklat .


so, let's see step by step how to apply this eye-shadow make-up :


  1. before
  2. lukiskan kening mengguna kan pencil eyebrow warna coklat . apply eyeshadow peach color pada kelopak mata.
  3. apply pula eyeshadow coklat pada counter /crease. blend menggunakan blending brush sehingga warna sekata & soft.
  4. then, guna plak warna coklat gelap & apply di bahagian outer v & blend sehingga rata.
  5. highlight di area brow bone (tulang kening)
  6. dibahagian waterline apply concealer atau uols boleh apply white eyeliner di bahagian waterline. i guna concealer (base yellow tone) sbb nak nmpak lagi natural. apply mengunakan brush yang kecil seperti kita apply eyeliner dia bahagian waterline.
  7. kemudian guna eyeliner pencil warna brown apply dibahagian lower lashline.
  8. pakai liquid eyeliner warna hitam di bahagian upper lashline.
  9. akhir sekali, pkai bulu mata palsu & mascara warna hitam, jagan lupa highlight kan dia bahagian inner corner / tear duct. so, siap! 

hasilnya :



good luck :)


thanks for viewing & reading,

L.O.V.E  from Cik Tomato ~ Muahhhxx

Tuesday, 6 August 2013

Play With Makeup ~ Ladybird

Assalamualaikum.

hai si cantik & si kacak :)


pic from google

kenal tak serangga ini?? ini dia serangga comel kecik cenonet nama nya ladybird. hihi. i ingat lagi masa zaman kanak-kanak  dulu selalu je p main-main kat pokok bunga, dekat lalang ada je si ladybird ni. bila dah besar ni susah betul nak jumpa serangga comel ni kan.




ok, kali ni nak makeup mata ladybird. memang dah plan lama dah nak makeup mata ladybird ni. tapi asyik tertangguh je. last-last The Other Half send kt  WhatsApp pic solekkan mata ladybird ni. apa lagi, terus i lagi excited nak try.




ini picture yg The Other Half send. so i refer picture ni sebagai contoh.





ini first time buat make up ni. so, ermm hasilnya mungkin tak berapa kemas. it's ok, lepas ni boleh practise lagi kan :) jom tgk step by step i buat.





step by step :

  1. before.
  2. lukis & bentukkan kening, covering kening dengan concealer je.
  3. apply foundation + bedak compact.
  4. apply eyeshadow warna merah pada keseluruhan kelopak mata.
  5. pada lower lashline , i apply warna grey.
  6. lepas tu lakarkan bentuk ladybird mengunakan liquid atau gel eyeliner. i suggest uols lakarkan dulu mengunakan pencil eyeliner then baru lukis balik dengan liquid / gel eyeliner.
  7. pakai  mascara
  8. buat mata ladybird mengunakan eyeshadow warna putih
  9. siap!

so, ini lah hasilnya.




good luck :)



thanks for reading & viewing,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ muahxxxx




Friday, 5 July 2013

Play With Makeup ~ Purple Pink

hai si cantik & si kacak!

main main makeup lagi. focus pada eyeshadow ok.


step by step :

  1. gambar sebelum.
  2. bentukkan kening, covering dengan concealer.
  3. apply eyeshadow pink pada bahagian lid (kelopak mata)
  4. selepas tu, guna blending brush, apply plak warna soft purple dia bahagian crease. 
  5. blending sehingga soft & rata dia area crease.
  6. blend sehingga dapat hasil seperti ini.
  7. kemudian, guna crease brush atau pencil brush, apply warna dark purple, blend di bahagian outer  v, blend & focus dibahagian outer v sahaja.
  8. highlight kan bawah kening dengan mengunaan kan eyeshadow shimmer warna cream atau putih.
  9. apply eyeshadow purple & pink di bahagian lower lashline.
  10. ok, then apply liquid eyeliner di bahagian upper lashline.
  11. di bahagian waterline, appy eyeliner warna putih.
  12. lastly pkai la mascara & bulu mata palsu.
  13. siap!  






ini hasilnya, selamat mencuba :)




thanks for reading & viewing,

L.O.V.E from CikTomato ~ Muahxxx.












Tuesday, 25 June 2013

Play with makeup ~ Yellow gold eyeshadow

Hai si cantik & si kacak,

pratise make perfect :) , ini adalah latihan untuk improve kan lagi teknik makeup. as a newbies, biasa lah , masih ada kekurangan. kali ni i aplikasikan warna yellow gold.






focus pada eyeshadow, kening tak cukur, tak guna teknik gam , just hide with concealer saja.










step by step seperti berikut :

  1. before 
  2. lukis kening menggunakan pensel eyebrow. guna warna dark brown
  3. covering eyebrow with concealer.
  4. apply yellow gold eyeshadow pada lid area. (kelopak mata)
  5. guna blending brush untuk blend kan bahagian crease dengan eyeshadow warna coklat
  6. hasil blending warna coklat di crease area.
  7. guna crease brush, ambil eyehadow black, blending di bahagia outer v dan sedikit di area crease.
  8. blend sehingga nampak hasil macam gambar dia atas.
  9. selepas itu apply eyeliner , mascara dan  bulu mata palsu. done!






ini hasilnya. :) hope you like it.

remember, practise make perfect!. 





thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhxx