Hai si cantik
& si kacak.
Entry kali
ini I nak bercerita pasal alat mekup.i tau mesti uols cakap, (alar we all kenal
lar semua alat makeup!).. ish ish uols ni, jgn tak tau, ada jg gurl2 kt luar
sana yang tak kenal langsung alat makup, yang taunya pkai bedak muka, ada yang
just pakai bedak baby je, I puji sungguh kalau org yang just pakai bedak baby
je kat muka, mst kulit diorg mulus & gebu kan J
Remarks : all
pic take from google. Tapi I edit balik untuk letak caption spt dibawah.
ok, lets
start. Kita mulakan dengan --------------------------à
1. Foundation
(Bedak Asas)
Foundation
dalam bahasa melayu nya adalah “bedak asas”. Foundation ni adalah base untuk
makeup muka supaya dapat menyembunyikan & menyamarkan cela2 serta parut di
muka. Kalau uols guna bedak asas yang
sesuai dengan kulit uols, nescaya kulit uols akan nampak gebu, licin, glowing
& flawless . kalau uols nak tau, foundation ada beberapa jenis mengikut
kesesuaian kulit masing2. Antaranya,
liquid foundation, cream foundation , stick foundation & 2 way cake
foundation. Jadi pilihlah foundation yg sesuai dengan
jenis & tone kulit uols . ok J
2. Powder
(Bedak)
Bedak ada
2jenis, loose powder (bedak tabur) and compact powder (bedak padat). Untuk hasil
muka flawless, sangat2 digalakkan memakai loose powder selepas kita pakai
foundation supaya muka nampak gebu.Compact powder plak biasa digunakan untuk touch-up
muka time ber makeup.
3. Eyebrow
(Kening)
Untuk kening
biasa kita familiar dengan eyebrow pencil kan?.. ok, itu memang yang biasa kita
guna. Selain itu jg ada lagi dua jenis alat makeup untuk kening yang biasanya
MUA & mak andam guna, iaitu eyebrow pallet & eyebrow mascara. Kalau
uols nak tau eyebrow pallet, dia mcm eyeshadow kan & kebanyakkan warna
adalah range warna coklat. Eyebrow mascara pulak dia sama dengan mascara yg
kita guna kt bulu mata tu tp warna
eyebrow mascara base on warna coklat jugak,
terpikir mcm mana nak pakai eyebrow mascara??.,
ha, tgk pic kt
bawah ni ok. Kebiasaannya uols boleh pakai eyebrow mascara ni after uols dah
sharpe kan kening kemas2.
Ingat, pilih
tone color coklat untuk eyebrow untuk nampak lebih natural, warna hitam agak
xsesuai sbb akan menampak kan muka kita “garang”.
4. Eyeshadow
(Pembayang Mata)
Selain ada bermacam2
color, eyeshadow ni ada beberapa jenis jg. Biasa kita beli & kita tgk mcm
yang mate / shimmer kan Kalau uols nak tau selain mate & shimmer, eyeshadow
jenis krim & glitter powder pun ada. So uols boleh guna eyeshadow ni ikut
kesesuaian uols. Kalau nak makeup time hari2 biasa , pakai lah yang mate itu sudah memadaii. mst korg akan nak natural + sweet.
5. Eyeliner
(Celak Mata)
Ok, eyeliner
pun ada beberapa jenis iaitu, pencil eyeliner, pen eyeliner, gel eyeliner &
liquid eyeliner. Kalau untuk tahan lama I suggest uols guna liquid eyeliner
atau gel eyeliner sbb yang ni ada waterproof.oh ya, pen pun ada waterproof,
senang cter uols pilih lar yang waterproof sbb ia tahan lama. Uols pilih lah
eyeliner yang uols pandai / suka guna. Ada sesetengah yang xpandai guna liquid
eyeliner sbb takot comot. Hihi. Tak pe, cuba dulu & rajin2 lah praktis. Ingat
praktis make perfect! .
6. Mascara
(Maskara)
Pilih lah
mascara mengikut kesesuaian uols. Apply mascara pada bulu mata uols. Mascara hitam
adalah yg terbaik supaya dapat menonjolkan lagi mata anda yng menawan
iteww..hihi.
7. Blusher
(Pemerah Pipi)
Blusher adalah
alat makeup yang paling gurl2 suka. Ye lah ,bila pakai leh naikkan seri muka. Pipi
akan pink2 gitewww..ekekeke. Blusher juga ada beberapa jenis. Yang biasa kita
guna yang compact tu kan, selain tu ada jenis powder /loose blusher, cream
blusher, stick blusher & liquid blusher. Uols boleh pilih blusher sesuai dengan
uols, kalau nak nampak natural boleh try jenis liquid atau cream, tapi kena
pandai apply kt muka. Kalau xpandai nak apply, just guna yang compact blusher biasa je
sbb yang tu kalau kita beli dia bagi skali dengan berus so senang nak pakai
J
8. Lip Liner
(Pengaris bibir)
Sebelum kita
pakai lipstick, sangat2 digalakkan pakai lip liner supaya nampak kemas & xcomot.
Tapi igt , pilih lah lip liner, tone yang sama dengan lipstick ok.
9. Lipstik
& Lips Gloss (Gincu & Pengilat Bibir)
Lipstik pun
ada beberapa jenis tau. Pilih lah lipstick yang sesuai ngn bibir uols. Kalau bibir
jenis kering tu jgn pilih lipstick jenis mate, sbb mate xmoist. Boleh pilih lipstick
yang ada bahan pelembab. Uols boleh mintak suggestion dari SA tempat uols beli.
Oh ya, if uols nak juga pkai lipstick mate, tipsnya after sapu lipstick tu, uols boleh
apply pula lipsgloss. Lipgloss ni ada fungsi untuk lembabkan bibir.
If uols nak
nmpak nature boleh pilih untuk pakai lipgloss sahaja. Sangat2 lah sweet if uols
mempunyai bibir yang merah semujadi, apply saja lipsgloss you look so sweet J
Ok, that’s
all for makeup stuff yang I tau. Ini hanya lah basic sahaja.Mungkin ada lagi
makeup stuff untuk setiap item itu yang I tak tau. I pun masih baru dalam “dunia makeup” ini. So tak
salah kita sharing apa yang kita tau kan?
thanks for reading,
L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahxxx
Terima kasih di atas info yang diberi. Boleh masukkan dalam list ni..
ReplyDelete