Wednesday, 21 August 2013

Manfaat Dari Lebah

Assalamualaikum.

hai si cantik & si kacak.

jom baca & tambahkan pengetahuan tentang LEBAH.









Madu Asli




Di dalam perut lebah ada lagi yang namanya perut besar yang khusus digunakan untuk menyimpan air madu. Dan di dalamnyalah air madu itu mula berubah menjadi madu dengan kekuatan zat ragi yang terdapat di dalam perutnya dan air liurnya, yakni di dalam perut lebahlah zat gula yang terdapat di dalam air madu (zat gula) bertukar menjadi gula tunggal, iaitu zat gula anggur (glucose dan zat gula buah-buahan (fructose).

Terdapat beberapa keistimewaan, khasiat dan ubat serta kelazatan yang tersendiri dalam madu lebah-sesuatu yang tidak terdapat pada makanan-makanan yang selainnya. Keistimewaan ini telah dihimpun di dalam sebuah makalah yang berjudul ”Madu dan Kesihatan” yang ditulis seorang pakar perubatan. Antara petikan-petikan dari makalah tersebut tentang madu ini termasuklah:

i. Madu merupakan makanan yang memberi tenaga dan makanan yang disukai pinggang dan hati.
ii. Madu makanan yang bersih dan tidak busuk
iii. Madu adalah makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan.
iv. Madu adalah makanan istimewa bagi orang lamah dan sakit

Terdapat beberapa keistimewaan, khasiat dan ubat serta kelazatan yang tersendiri dalam madu lebah-sesuatu yang tidak terdapat pada makanan-makanan yang selainnya. Keistimewaan ini telah dihimpun di dalam sebuah makalah yang berjudul ”Madu dan Kesihatan” yang ditulis seorang pakar perubatan. Antara petikan-petikan dari makalah tersebut tentang madu ini termasuklah:
i. Madu merupakan makanan yang memberi tenaga dan makanan yang disukai pinggang dan hati.ii. Madu makanan yang bersih dan tidak busukiii. Madu adalah makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan.iv. Madu adalah makanan istimewa bagi orang lamah dan sakit



Terdapat beberapa keistimewaan, khasiat dan ubat serta kelazatan yang tersendiri dalam madu lebah-sesuatu yang tidak terdapat pada makanan-makanan yang selainnya. Keistimewaan ini telah dihimpun di dalam sebuah makalah yang berjudul ”Madu dan Kesihatan” yang ditulis seorang pakar perubatan. Antara petikan-petikan dari makalah tersebut tentang madu ini termasuklah:
i. Madu merupakan makanan yang memberi tenaga dan makanan yang disukai pinggang dan hati.ii. Madu makanan yang bersih dan tidak busukiii. Madu adalah makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan.iv. Madu adalah makanan istimewa bagi orang lamah dan sakit







 Debunga Lebah







Debunga lebah diperolehi daripada benih/biji jantan bunga yang dikutip oleh lebah dan kemudian dicampurkan dengan suatu bahankhusus yang dipangil Special Digestive Enzymes. Debunga Lebah juga dianggap sebagai ”makanan semulajadi yang lengkap”. Bagi lebah, debunga merupakan sumber protein dimana ianya akan dicampur dengan madu bagi menghasilkan Roti Llebah yang kemudiannya diberi makan kepada lebah Larva. Debunga lebah mengandungi banyak nutrisi yang diketahui umum, termasuk semua nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Berbanding dengan makanan lain, ia mempunyai peratus kandungan nutrisi yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya ia dilengkapi dengan 25% protein yang mengandungi :

1. 18 Asid Amino
2. lebih daripada 12 vitamin.
3. 28 mineral
4. 11 enzim & coenzim
5. 14 asid lemak yang berguna
6. 11 karbohidrat
7. kaya dengan mineral-mineral
8. lengkap dengan vitamin-vitamin
9. hormon-hormon
10. kalori rendah




Jeli Diraja




Di antara semua produk penghasilan lebah, jeli diraja merupakan produk yang paling istimewa kerana secara umumnya ia jarang ditemui di dalam sarang lebah. Jeli Diraja adalah suatu produk yang kaya dengan nutrisi dan berupa cecair pekat (seakan-akan krim) yang berwarna putih susu. Jeli Diraja dihasilkan oleh lebah pekerja melalui kelenjar hypopharyngeal untuk diberi makan kepada permaisuri lebah sepanjang hayatnya yang mana jeli diraja berperanan penting dalam menentukan saiz, tahap kesuburan dan tempoh jangka hayat permaisuri lebah berkenaan.

Dalam perspektif saintifik, keupayaan luarbiasa (kesuburan, tenaga, tempoh hayat dan saiz) permaisuri lebah ini adalah merupakan simbolik kepada ”peningkatan efektif keupayaan Endokrin” yang dirangsang oleh Jeli Diraja.

Kandungan-kandungan istimewa jeli diraja
1. Acetycholine
2. Hydroxydeconic Acid (10 HDA)
3. Gelatin
4. Hormones
5. Nutritional Value







Propolis





Propolis adalah bahan seakan damar yang dikutip oleh lebah dari kulit pokok dan digunakan sebagai simen untuk menyambung retakan atau ruang terbuka dalam sarang bagi tujuan berikut:-
1. mengukuhkan kestabilan struktur sarang
2. meminimakan gegaran pada sarang
3. perlindungan dari hujan dan dari serangan musuh seperti tebuan tebuan dn haiwan lain
4. sebagai perlindungan dari bakteria, parasit dan jangkitan penyakit
5. meningkatkan ventilasi semasa musim sejuk atau panas yang melampau

Propolis juga dikenali sebagai Antibiotik Semulajadi. Kepelbagaian warna propolis (hijau kekuningan coklat dan kemerahan) bergantung kepada sumber botanikalnya. Perlu diketahui disini bahawa bahan damar yang dikutip oleh lebah tidak mempunyai nilai terapeutik sehinggalah ianya dicampur dengan nektar, debunga dan bahan-bahan lain oleh lebah itu sendiri. Hanya lebah yang boleh menghasilkan propolis dengan nilai terapeutik yng unik, ianya diluar jangkauan pengetahuan manusia.

Propolis amat popular sejak zaman dahulu lagi. Dilaporkan bahawa orang-orang Egypt, Greek dan Roman mengamalkan penggunaan propolis untuk rawatan kesihatan secara umum khususnya untuk penyakit kulit. Semenjak abad ke 12, di Eropah, para pengamal perubatan telah mengiktiraf kepentingan propolis dalam ramuan perubatannya. Walaubagaimanapun, hanya 20 tahun kebelakangan ini, para saintis baru mampu membuktikan keberkesanan dan pentingnya propolis sebagaimana yang telah dikenal pasti oleh datuk nenek mereka dahulu.

Dari segi kandungan propolis, dilihat komposisi propolis terdiri daripada resin dan balms 50-55%, lilin 30%, 5% bahan tetap seperti asid amino, asid organic, clump dan greases, elemen-lemen spora dan mikro-elemen seperti iron, copper manganese, zinc, phytoncides dan antibiotik. Juga di dalamnya terdapat kandungan tinggi vitamin B, F, C, H dan P serta pro-vitamin A. Debunga pula mengisi sebanyak 4-10% komposisi produk ini. Flavonoids dalam Propolis berperanan utama dalam menghasilkan efek antibiotik yang hebat. Flavonoids mempunyai banyak kesan pemulihan yang mempengaruhi kepada kesihatan.

Jika ditinjau penggunaan propolis dalam perubatan, ianya yang bertindak sebagai anti-bakteria semulajadi amat efektif untuk membantu merawat kesan melecur pada kulit, menahan tumbesaran tumor/ulser, menguatkan fungsi perut, mengelak/menghilangkan bengkak, demam & selsema, ecszema, fungus kulit, sakit mulut/gigi, resdung dan lain-lain. Ia juga boleh digunakan sebagai ubat gigi. Propolis juga boleh dicampur dengan madu untuk menghasil madu campur



Bisa Lebah




Kegunaan bisa lebah adalah untuk merawat Arthritis, rheumatism, sakit tulang belakang dan penyakit kulit. Pada zaman moden ini pula ia menjadi rawatan elternatif untuk penyakit multiple sclerosis. Sengat lebah merupakan kombinasi komleks multi-komponen yang unik, mengandungi lebih kurang 30 bahan aktif biologikal. Komponen pharmacological yang utama ialah peptide-melilitin, apamin, peptide 401, adolapin, dan protease inhibitors.


 Larva Lebah





Di China, amalan memakan larva lebah sudah menjadi tradisi rakyatnya sejak dari dahulu lagi. Larva lebah juga kaya dengan vitamin dan mineral, membantu penjagaan kesihatan badan, khususnya iron yang efektif untuk anemia, zink untuk meransang deria rasa, dan zink serta selenium yang mempunyai pertalian rapat dengan keupayaan seksual lelaki.
Kelebihan larva lebah dalam perubatan
Kajian yang dijalankan di Beijing edical Uniesity Chinese and Western Medical Research Laboratory oleh Professor Ri Junsei (beliau menggunakan serbul larva lebah bagi tujuan ini) telah mengesahkan bahawa lara lebah:
1. Membantu penjagaan dan meningkatkan kualiti keupayaan fungsi mental.
2. Membantu meningkatka kesan positif tenaga ”CHI”
3. Membantu menguatkan sistem ketahanan badan

Di samping itu, ia juga baik untuk golongan berusia dan kurang sihat. Berikut adalah kebaikan-kebaikan lain yang pernah dilaporkan:

• Membantu mengurangkan sakit dan ketidaklancaran darah haid serta simptom menopause
• Membantu mengatasi kekerapan kencing dan hasilnya meransang tidur yang lena
• Tinnitus, membantu ketidakupayaan pendengaran dan mengurangkan kesan pening/pitam





Lilin Lebah






Manfaat lilin lebah
1) Lilin lebah dianggap selamat penggunaannya dan telah diluluskan sebagai ramuan dalam pemakanan manusia di USA (USA, 1978).
2) Kertas dan tekstil menjadi kalis air bila disalut dengan lilin lebah.
3) Lilin lebah menjadi pilihan dalam menghasilka lipstick yang berkualiti tinggi kerana keunikannya dalam mengekalkan kilatan pada bibir,konsisten, dan stabiliti warna.
4) Berfungsi sebagai ’coating’ untuk pil-pil atau ubat-ubatan. Lilin lebah juga digunakan sebagai sebatian bersama ubatan lain dan kemudiannya bertindak sebagai mekanisme penentu masa-ia membebaskan ramuan ubat secara perlahan dan untuk jangka masa lebih lama.
5) Mengunyah petak madu (tanpa madu) yang bewarna agak gelap dikatakan dapat membantu melegakan selsema.
6) Pengamal perubata tradisional percaya bahawa masalah alahan, resdung dan asma boleh diatasi dengan membakar lilin lebah (100%) dalam bilik sebelum 3-4 jam waktu tidur. Malah ia jugaboleh membantu pernafasan agar lebih lancar dan tidur yang lena.
7) Menurut seorang entomolgist, Bill Reno, pembakaran lilin lebah menghasilkan ion-ion negatif yang bertindak sebagai pembersih udara semulajadi-menghilangkan habuk udara, bekteria, virus dan lain-lain pencemaran
 Di UK, pernah dilaporkan bahawa para doktor alternatif merawat pesakit ”hay-fever” menggunakan lilin lebah.




Sumber : gengsainskehidupan




thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahxx.



No comments:

Post a Comment