Saturday 11 January 2014

YEAR 2014

assalamualaikum..

hai si cantik & si comel.. :)


hari ni bertarikh 11hb Januari 2014

sedar tak sedar dah 11 hari kita di dalam tahun 2014 ni. masih belum terlambat untuk i  ucapkan selamat tahun baru untuk uolsssemua.

erm, umur pun dah makin bertambah lagi satu angka. hehe. terasa semakin tua dah.
macam mana dengan impian & azam tahun 2013 uols? tercapai? ke ada yang postpone azam 2013 ke  tahun 2014?... hehehe :-P

tahun 2013 pada i semua baik-baik saja. dan tercapai juga lah satu impian. alhamdulillah. tahun ini tahun kedua saya bergelar isteri. alhamdulillah kerana Allah swt sentiasa mempelihara hubungan kebahagian saya dan suami. rezeki kami pun sentiasa melimpah ruah pada tahun 2013.



isteri & keluarga
bersyukur sangat dapat suami yang sentiasa membuat  i  ketawa & bahagia, memahami kerjaya i,   saling tolong menolong & memahami apa yang i minat. 
sebagai seorang isteri yang bekerja memang kena pandai atur kan masa dengan kerja & keluarga
sebelum kawin,  i fokus & bagi  komitment untuk diri sendiri je. 
sekarang dah lain..pagi-pagi bangun kena siap kan sarapan (kalau sempat la..hehe). then siap kan baju suami. iron baju dan siap-siap kan suami .
then baru la i akan bersiap-siap pula untuk ke office. 
so macam tu la rutin i hari-hari. dan kalau nak buat apa-apa mesti kena minta izin dengan suami dulu.
 Disebabkan i dan suami busy dengan kerja masing-masing, time cuti i akan spend time dengan suami sepenuhnya. masak-masak untuk dia. pagi petang siang mlm. hehehe (sampai perut suami i makin comel). walaupun i sibuk i akan pastikan setiap hujung minggu wajib masak sepanjang hari tu. 
mungkin kalau hari bekerja i  tak sempat nak buat sarapan, tapi dinner i akan masak. tapi kadang-kadang suami akan ajak makan luar kalau dia nampak i penat sangat. dia sangat memahami.
then kalau boring time cuti tu lah  kitaorang akan p dating & habiskan masa bersama.

i masih lagi tinggal dengan makbonda. selepas ayahanda i meninggal , rumah kami dah tak ramai. tingal i dan 3orang adik. 2orang dah kerja. seorang masih bersekolah. adik i (sue) tak duduk rumah sebab dia sewa di bandar dekat dengan tempat kerja nya. manakala adik bongsu i pula (eyra) duduk asrama.
so yang ada kt umah tu hanya 4orang saja. i , suami i, makbonda & adik i (sabri)
  adik beradik yang dah kawin semua ikut pasangan masing-masing. dan tinggil luar dari kuantan
i je yang kawin dengan orang dekat dan masih tinggal dengan makbonda. bukan tak nak berdikari. tapi arwah ayahanda pesan pada kami suruh duduk rumah tu dan jaga rumah tu dulu selagi kami tak beli rumah sendiri
kami memang ada plan nak beri rumah. yelah kami pun nak privacy dan berdikari. insyaallah jika diberikan rezeki pada tahun 2014 ini. mugkin kami akan beli rumah pertama kami. tapi kalau tak ada tahun ni mungkin tahun berikutnya..rezeki ni kita tak tau bila-bila kan. tapi i harap dapat beli pada tahun ini. sebab rumah makin lama makin mahal. huhu

sekarang tinggal la adik bongsu i (eyra) sorang lagi yang bersekolah. tahun ni pun dia dah tingkatan 5.
memandangkan ayahanda dah tiada, i dan adik-adik i (sue) dan (sabri) ,kitaorang yang akan tanggung eyra. sebab kami semua sudah bekerja. kami pun dah tak nak menyusahkan makbonda. kesian makbonda. makbonda pun dah tua. biarla makbonda berehat je sekarang :)




kerjaya
tiada apa yang istimewa kot pada tahun 2013. sama saja seperti tahun-tahun sebelum ini.dah nak masuh 4 tahun i bekerja disini. dah boleh manage kerja dengan semakin baik. dah tau apa patut buat & apa yang tak patut buat. segala paper work dah boleh atur kan sendiri. my boss request je ape , insyaallah i boleh buat dan buat sebaik mungkin.  yang penting my boss puas hati dengan kerja i & paham apa yang i submit padanya.
dan seperti tahun-tahun sebelum ni, tiap kali tahun baru mesti tak sabar nak tunggu gaji utk bulan januari ni, yelah mesti duk kira berapa lah increment salary pada tahun ni. hikhik. pastu tak sabar nak dapat bonus. 
i tak harap terlalu tinggi.setiap tahun pun rezeki sentiasa ada.
dan pada i yang penting my boss puas hati dengan kerja i. 
kalau i dapat lebihhhh tahun ni, erm.ok mugkin hasil penat lelah i selama tahun 2013 ni kan..




minat
i bersyukur sebab dikurniakan suami yang sangat-sangat memahami apa yang i minat  iaitu makeup.
pada tahun 2013 skills makeup i semakin ada improvement.
pada tahun 2013 juga i tak ada pergi atau join any class makeup.
i banyak practice sendiri melalui youtube and picturial.
job makeup pun tak banyak i buat sebab kekangan masa.
tapi tak apa, i tak kisah pasal job makeup tu sebab i memang minat dalam bidang  makeup ni.
so i harap dengan berkongsi hasil makeup i di blog ini dah cukup bermakna & memberi kepuasan pada i.



ok itu saja secara ringkas untuk tahun 2013

i harap tahun 2014 rezeki makin bertambah-tambah lagi..mungkin rezeki anak pula..kan.. tak sabar sangat nak baby... ...hihihi...doakan untuk i ye semuaaaa...

dan kepada semua pembaca blog i ini, sekali lagi i nak ucapkan selamat tahun baru. i doa kan kalian semua sentiasa murah rezeki dan apa saja hajat, impian dan azam anda untuk tahun ini akan tercapai.

:)




thanks for reading,

L.O.V.E from Cik Tomato :)


1 comment:

  1. Alhamdulillah...... =D

    klu rajin, jguk blog kami ..cuci mata tgk koleksi terbaru kami... ^___^
    (amielovely.blogspot.com)

    ReplyDelete