hari ni plak i nak post "20 TIP KURUS MUDAH & BERKESAN". ini i ambil dr web RAPI. jom kita baca tips2 ini. harap boleh membantu kepada yang dlm proses diet / meguruskan badan :)
pic dr google |
1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah
sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang
hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan
tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri
majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke
majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan
sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan
ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali
menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan
tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup
biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk
membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua
minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda
bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan
‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan
biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres,
inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih
sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11. Berusahalah untuk mengambil menu
rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad,
sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh
untuk menerima menu tinggi kalori
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan
makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah
cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak
seimbang.
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang
mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa
makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau
kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama
kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang
menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas
makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini
untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan
yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan
sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton
televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah
sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
so, harap tips2 diatas boleh membantu uols dalam proses menurunkan berat badan..chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkk !!!! :))
thanks for reading.
L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhhhhhh
No comments:
Post a Comment