wow! mesti korang teruja dengan tajuk yang i post ni kan, ye lah, mana tak nya "Cabaran 7hari Diet BERKESAN!" berkesan tu tak tahan.ekekeke.
sejak mendiet kan diri (diet lar sangat). hehehe. ye ye, i mmg mengdiet kan diri , uols jgn tak tau i makan / cara makan / kuantiti i makan sekarang ada sedikit perubahan , perubahan positif ( pasal ni tgu post akan datang) ha, sambung balik. ok sejak i dalam proses mengdietkan diri ni mula lar kan duk google pasal "DIET" je. then google duk google i terjumpa articles ni. i ambik dr Remaja Karangkraff.
so nak tau ape cabarannya?? berkesan ke tak?? uols baca ini ok --->
Hari Pertama
- Semua jenis buah kecuali pisang.
- Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
- Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
- Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua
- Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
- Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
- Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
- Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
- Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
- Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
- Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
- Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...
Hari Keempat
- Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
- Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
- Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
- Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima
- Hari untuk daging dan tomato.
- Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
- Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
- Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam
- Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
- Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
- Tetapi jangan makan kentang putar.
- Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
- Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh
- Makanlah nasi menggunakan beras perang.
- Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
- Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
ha macam mana?.. ada berani?? huh, i xyakin i boleh buat.hukhuk T_T
tapi orang cakap belum cuba belum tau. dah cuba baru tau kan! ekekeke.so, gud luck :)
(all pic take from google)
thanks for reading,
L.O.V.E from Cik Tomato ~ Muahhhhhx
No comments:
Post a Comment